Sekolah 'hamil' tamparan bagi Shahrizat
Keputusan kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan sekolah di Jasin bagi remaja yang hamil sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru.
Sekolah seperti itu sudah ada di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak tahun 70-an lagi.
Ketika itu di Rembau, Cheras, Sarawak dan Batu Gajah.
Dahulunya dikenali dengan nama Taman Seri Puteri. Kemasukannya menggunakan Akta Wanita dan Gadis 1973. Gadis di bawah usia 21 tahun diterima dengan perintah mahkamah dan wanita tanpa peringkat umur boleh diterima masuk asalkan di atas permohonanannya sendiri.
Entah berapa ribu remaja perempuan sudah masuk dan keluar dari institusi itu. Masuk seorang dan keluar berdua.
Kini Akta Kanak-Kanak 2001 digunakan bagi tujuan berkenaan tetapi golongan sasarnya sudah berbeza - gadis di bawah usia 18 tahun sahaja.
Pada hemat saya, berapa pun jumlah sekolah seperti ini diwujudkan, kes kehamilan tetap akan berlaku. Malah pertambahannya akan menjadi lebih dahsyat lagi.
Kenapa ?
Pengalaman selama lebih 20 tahun menunjukkan bahawa di dalam keadaan terdesak, pasangan bermati-matian mengaku akan berkahwin selepas mendapat anak. Beberapa minggu sahaja selepas insiden kendur, penceraian akan berlaku.
Silelaki akan mengatakan, "jika hang boleh tidur dengan aku, entah berapa jantan lain yang meniduri hang. Tidak pasti anak siapa ini".
Alasan penceraian yang cukup mudah.
Di Malaysia, pelaku persetubuhan secara sukarela tidak diambil tindakan. Ini adalah ibu segala jenayah maksiat.
Salah satu faktor kenapa jenayah hamil di luar pernikahan tidak habis-habis adalah kerananya.
Malah JKM pernah mengatakan bahawa ‘bakal’ pembuang bayi akan dibantu dengan kewangan jika bayi tersebut diserahkan kepada agensi tersebut. Apakah yang dimaksudkan ?
Pelaku persetubuhan samada yang lelaki atau yang perempuan bukanlah mangsa kecuali dilakukan secara paksa. Kes paksaan dikategorikan sebagai kes rogol. Mangsa rogol wajib diselamatkan, diberi perlindungan dan dikaunselingkan.
Jika kes suka sama suka seperti yang sedang berlaku sekarang dibiarkan dan disokong, maka tunggu dan lihatlah, beribu lagi kes-kes baru akan muncul.
“Pada tahun 2004 hingga 2006 catatan menunjukan 145 bayi iaitu 56 bayi lelaki dan 89 bayi perempuan diserahkan kepada JKM dalam keadaan yang masih hidup dan sihat.
Tetapi jumlah itu berbeza dengan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencatatkan 176 kes bayi terbuang dalam tempoh sama, kerana jumlah bayi dicatatkan polis termasuk bayi dijumpai mati”
Ini tidak termasuk yang diserahkan melalui pintu belakang termasuk oleh kakitangan hospital atau pelegar awam yang sering menjadi orang tengah seperti yang berlaku di beberapa hospital baru-baru ini.
Bagi saya, biasanya yang di''kasihankan" adalah mangsa. Bukan yang secara sukarela.
Agensi kerajaan atau badan NGO wajib membantu menyelesaikan kemelut ini.
Saya tidak nafikan, adalah hak pemerintah memberikan perlindungan kepada gadis dan wanita sehingga lahirnya bayi.
Tetapi selepas itu, dakwa mereka berdua di atas kesalahan yang dilakukan.
Jika susah, bapa bayi perlu dicari melalui kaedah DNA. Kenapa gusar menggunakan teknologi ini ?
Kemudian dari itu, baru difikirkan soal berkahwin.
Sesiapa sahaja yang memberikan ruang tempat berlakunya perkara keji itu tidak sepatutnya terlepas dari hukuman.
Barat dan timur mempunyai nilai kemanusiaan yang berbeza. Seorang kawan yang pernah belajar di Amerika memberitahu bagaimana ia melihat persetubuhan dilakukan di bawah tangga bilik kuliah oleh pelajar di sana. Mampukah kita menerima slot ini di sini dengan alasan “masih ada yang sayang”.
Cadangan memberikan insentif oleh kerajaan negeri atau agensi bukan sahaja penggalak kepada seks luar nikah malah sudah kelihatan nilai-nilai keruntuhan peradaban dan tamadun bangsa.
Tidak cukup dengan sekolah persekutuan yang ada, gah juga Melaka mahu nama. Jika lebih baik dari sedia ada, berbaloilah.
Mungkin lepas Melaka menubuhkan sekolah hamil, seluruh dunia boleh tumpukan perhatian pada Malaysia.
Negara pengeluar bayi dunia dan negara pengeluar anak angkat terbesar di dunia.
Malaysia pengeluar terbesar bayi dunia
No comments:
Post a Comment