Murugiah tidak secocok dgn Palanivel
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T Murugiah baru berusia 46 tahun. Berasal dari Perak Darul Ridzuan.
Pada 16 Mei 2009 Murugiah dipecat oleh M Kayveas Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana beberapa kemelut politik dalaman yang melibatkan mereka berdua.
Jawatankuasa Kerja Pusat MIC kelmarin menerima permohonan Murugiah untuk menjadi ahli parti yang dipimpin oleh Samy Vellu. Tidak kira di atas sokongan siapa.
Sepanjang pemerhatian, saya mendapati Murugiah seorang pemimpin yang rajin bekerja baik sebagai orang kuat parti dan sebagai timbalan menteri.
Biro Pengaduan Awam yang diletakkan di bawah portfolionya menunjukkan prestasi yang sangat baik.
Usia mudanya memberikan peluang dan harapan kepadanya untuk melonjak tetapi pada hemat saya, bukan melalui parti MIC selagi Samy masih bergayut.

- Juga selagi Samy masih ada di dalam MIC, banyak risiko Murugiah. Kelajuannya pasti akan cuba dibendung oleh Samy.
- G Palanivel, orang nombor dua MIC yang disusukan Samy sudah tentu semakin nampak lorong menuju kematian politiknya. Palani tidak akan mendiamkan diri.
- Jawatankuasa peringkat tertinggi MIC yang bermandi bunga berkali-kali sebelum ini terpkasa ke India lagi bagi tujuan mencantas Murugiah.
- Peringkat akar umbi yang tidak berpuas hati dengan kemasukan Murugiah ke dalam MIC sudah pasti tidak akan berdiam diri.
Biarpun Samy memberikan alasan bahawa Murugiah hanya akan dapat memegang jawatan dalam parti selepas tiga tahun memasuki MIC - tiada siapa dapat meramalkan dengan tepat apa akan berlaku.
Gandingan Murugiah dan Subramaniam kelihatan lebih serasi berbanding Palanivel dan Murugiah.
Namun, ramai yang berpendapat, buat masa ini Murugiah seolah-olah meletakkan leher di hadapan Samy untuk disembelih masa hadapan politiknya.
Siapa tidak kenal Samy. "I'm Samy. I'm the president and I'm the law"
Lagi cepat Samy mencabut diri dari politik MIC, kurang risiko untuk Murugiah. Bukan tidak ada langsung.
No comments:
Post a Comment