Friday, April 30, 2010

Ditembak polis : Jika anak sultan atau anak menteri


Bolehkah Musa Hassan bercakap macam orang tidak berpelajaran seperti dia bercakap sekarang jika yang kena tembak itu adalah anak sultan atau anak menteri ?

Hampa ingat kepala Zainuddin Maidin Ketua Pengarang Utusan Malaysia pada satu masa dulu ditenyeh oleh siapa?

Aku ingat-ingat lupa la...

IMalaysia 2Darjat.

(Gambar penembak - hiasan sahaja) / (Foto Aminul Rasyid - Penarik Beca)

Thursday, April 29, 2010

Aminulrasyid : Takut mayat polis peluk bangkai

Agaknya IPCMC adalah pintu menuju ke neraka bagi sesetengah ahli Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ramai polis pangkat atasan termasuk Musa Hassan mungkin berpendapat jika IPCMC dilaksanakan, maka pintu menuju ke arahnya tidak perlu diketuk. Ia akan terbuka sendiri setelah melihat kelakuan polis.

Seolah-olah tarikan graviti ketika berlakunya gempa bumi.

Kenapa perlu bimbang, takut dan kecut jika ikhlas ? Adakah seram dengan bayangan keadaan di dalam penjara di Malaysia satu hari nanti akan dihuni oleh ramai polis ?

Bunga tanjung dari utara
Jatuh sekuntum melayang-layang
Bagaimana hati tidak gila
Tidur malam terbayang-bayang

Musa, jangan kerana takutkan mayat, terpeluk pula bangkai busuk.

Abdullah, mana IPCMC

Wednesday, April 28, 2010

Biar polis sahaja menjadi ayam

Ketua Polis Selangor kata, orang politik jangan campur tangan dalam kes budak 15 tahun yang ditembak mati polis.

Khalid Abu Bakar berkata, jangan suka menjadi macam ayam 'berketuk sebelum bertelur'. Atau berketuk dalam telur ?

Orang kampung kata, biar polis dan Khalid sahaja menjadi ayam yang berketuk dalam telur. Mereka membuat andaian sebelum menyiasat.

Hampa jadi macam ayam mematuk anak sudahlah. Menghukum anak bukan untuk menyiksa tetapi untuk memperbaiki kelakuannya.

Apa kata Shahrizat Jalil menteri yang jaga anak-anak di bawah usia 18 tahun ?

Tuesday, April 27, 2010

Adakah polis berpenyakit anjing dan babi gila ?

Orang ramai di Malaysia sangat bimbang.

Ada yang bertanya perlukah melarikan diri dari polis seperti melarikan diri dari orang gila, anjing gila atau babi gila.

Apabila ditanya kenapa, ada yang memberitahu "depa boleh tembak orang bila-bila, di mana-mana dan ada macam-macam alasan menembak pula".

Janganlah tuduh polis macam tu. Tak semua polis macam tu. Bukankah mereka penjaga kerajaan.

Ada yang tidak mahu terima alasan seperti ini. Mereka kata polis jenis bunuh ni macam anjing gila dan babi gila.

Susah juga nak yakinkan orang ramai. Macam kebanyakkan pengundi Melayu di Hulu Selangor agaknya.

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

Siapa lebih ganas : Chin Peng atau Polis Perlis

Monday, April 26, 2010

Rosmah, Najib lulus periksa biar dengan meniru

Sudah tentu selepas campurtangan dalam hal ehwal NTV7 sehingga membuatkan Joshua meletakkan jawatan, merupakan kepuasan bagi Rosmah Mansor.

Lebih-lebih lagi apabila parti politik suaminya memenangi pilihanraya kecil di Hulu Selangor.

Abang Najib dilihat oleh Rosmah sebagai cukup bertenaga dan berstamina.

Lulus peperiksaan dimata Rosmah - biarpun dengan cara meniru.

Pak Cik Anwar, Pak Cik Hadi dan Uncle Kit tidak seperti suaminya Najib. Mereka sudah jadi warga emas dalam gelanggang politik fikir Rosmah.

Pesakit Parkinsons diberi status kurang upaya

Rayuan ditolak, naib canselor UUM didenda RM5,000

25 April, 2010 18:29 PM

Persatuan Gesa Pesakit Parkinson Diberi Status Kurang Upaya

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Persatuan Penyakit Parkinson Malaysia (MPDA) menggesa pesakit Parkinson diberikan status kurang upaya bagi membolehkan mereka menerima bantuan yang diberikan kepada golongan itu.

Presiden MPDA Sara Lew berkata penyakit Parkinson memberikan kesan yang besar terhadap ekonomi, bukan sahaja terhadap pesakit tetapi juga keluarga mereka.

"Kami percaya sebahagian besar masyarakat perlu besama-sama mencari jalan untuk mengurangkan bebanan kesan daripada penyakit Parkinson terhadap kualiti hidup bukan sahaja kepada mereka yang menghidap Parkinson, tetapi juga semua mereka yang kurang upaya dan menghidap penyakit kronik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Hari Parkinson Dunia yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

Lew berkata sebagai kumpulan sokongan Penyakit Parkinson, MPDA mengakui pentingnya kerjasama dan merapatkan jurang antara penghidap Parkinson, penjaga pesakit, agensi kerajaan, pemimpin politik dan penyedia penjagaan kesihatan, khususnya dalam penyelidikan bagi penyembuhan dan penjagaan mereka yang menghidap Parkinson.

Beliau berkata MPDA, sebagai pertubuhan bukan kerajaan pertama dan organisasi berasaskan pesakit, ditubuhkan untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada pesakit Parkinson dan penjaga mereka di negara ini, telah menandatangani Deklarasi Penyakit Parkinson Global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Lew berkata berdasarkan statistik tidak rasmi, penyakit itu dihidapi lebih 25,000 orang di Malaysia dan bilangannya terus bertambah.

-- BERNAMA

Sunday, April 25, 2010

MIC tidak jadi dikorbankan di Hulu Selangor

Terbaru : Calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Pada pilihanraya kedua belas tahun 2008 parlimen Hulu Selangor (P94) menyaksikan Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR memenangi kawasan tersebut dengan 23, 177 undi iaitu majoriti 198 undi.


Maka pilihanraya kecil kawasan yang sama pada hari ini menyaksikan Zaid Ibrahim dari parti PKR tewas.

Dianggarkan 75.87% yang keluar mengundi.

G Palanivel dari parti MIC saingan Zainal Abidin (PKR) menjadi korban pada tahun 2008.

P.Kamalanathan dari parti MIC (mendiang politik) MP Samy Vellu berjaya kali ini.


(Grafik Malaysiakini)

Lutfi : Bypass esok di HUKM


Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman seperti dijadualkan akan menjalani pembedahan jantung bypass pada 26 April 2010 (esok) di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan beliau dan ketabahan buat ahli keluarganya.

Semoga pembedahan tersebut berjalan dengan jayanya.

Hulu Selangor hari ini

Saturday, April 24, 2010

Halau Tony Blair

Bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair (1997-2007) pembunuh kejam beratus ribu nyawa penduduk Afghanistan dan Iraq tidak harus dibenarkan meyampaikan ceramah di Sunway Lagoon Hotel jam 9.00 malam ini.

Saya hairan bagaimana pentadbiran Najib Tun Razak boleh dengan bangganya membenarkan salah seorang pemimpin dunia yang menjadi anjing Bush dan tangannya bermandikan darah beratus ribu manusia dibenarkan berucap di Malaysia.

Halau anjing Inggeris ini keluar dari Malaysia. Kita tidak mahu mendengar apa-apa darinya.

Rakyatnya sendiri tidak percayakannya !

Perginya ' Bush Poodle' Pengganas Dari Britain

BLAIR THE LIAR 2

UMNO kata produknya tidak sedap

Bukankah Tun Mahathir Mohamed sendiri pernah di'keling' dan di'paria'kan oleh UMNO.


Anwar Ibrahim juga pernah disepak terajang oleh UMNO dengan kerjasama polis.

Tunku Abdul Rahman Putra bapa kemerdekaan Malaysia pernah diaibkan oleh UMNO.

Abdullah Badawi dan Hussin Onn biasa dihina oleh UMNO.

Lee Kim Sai dari MCA pernah diminta oleh UMNO agar balik ke negara Cina. Ong Tee Keat menjadi mangsa UMNO kerana mendedahkan isu PKFZ. Samy Vellu yang dididiknya juga sedang ditolak keluar dari MIC.

KJ sedang dianiaya Najib. Biarpun menang sebagai Ketua Pemuda, dipinggirkan kerana dikatakan sedang menari berlainan rentak dengan Najib.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkata "disaat dia (UMNO) dalam kesusahan, sesiapa sahaja akan dia minta tolong".

Ibarat melepaskan anjing yang tersepit.

Tidak hairanlah jika Zaid Ibrahim bekas kuih dari acuannya sendiri dihina. UMNO yang mengadun dan menghasilkan kuih itu, lalu dia menghina dan menjijikkannya.

Hasilnya tidak sedap, dicurigai dan kebanyakkan didikannya tidak berjaya. Lebih-lebih lagi jika dimiliki oleh bukan kroni mereka.

Banyak lagi kuih yang sedang dihasilkannya dan akan menerima nasib yang sama.
(Foto Malaysiakini)

Friday, April 23, 2010

Kamalanathan pengundi di Sg Siput Perak

Kamalanathan calon MIC Hulu Selangor mendaftar sebagai pengundi di Sungai Siput Perak kawasan 'mendiang politik' (MP) Samy Vellu.

Bukan saya yang bercakap macam tu. Laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mengesahkannya. Lihat di bawah ;

Kamal + Ana + Nathan + Than = 1Malaysia

Bermakna semasa pilihanraya kecil Ahad ini, dia tidak boleh mengundi untuk dirinya dan juga untuk Zaid Ibrahim.

Inna Aiya Samy ?

(Foto Malaysiakini)

Cium tangan dan cium buntut beradat

Mencium tangan orang yang lebih tua merupakan adat. Adakah ?

Sebenarnya ramai yang berpendapat masyarakat Tamil telah mengiktiraf ketuanan Melayu dengan membiarkan calon MIC Hulu Selangor mencium tangan Muhyiddin Yassin.

Kenapa pengundi Melayu yang lain yang lebih tua dari Kamalanthan di Hulu Selangor tidak dicium tangan mereka seperti itu jika ianya adat ?

Sebenarnya Muhyiddin sindir MCA dan Gerakan yang tidak tahu adat dan tidak pernah mencium tangannya.

Mencium buntut pula termasuk adatkah ? Bukan apa, dulu Ibrahim Ali Perkasa berjanji mahu mencium buntut Dr Mahathir Mohamed. Tak jadi-jadi sampai sekarang.

Mungkin Perkasa boleh menghimpunkan ahli-ahlinya yang beratus ribu kini dan mengadakan upacara mencium buntut itu.

Pastikan hunusan keris jauh dari buntut yang mahu dicium !
(Foto Malaysiakini)

Thursday, April 22, 2010

Blog alkerohi

Ada yang bertanyakan apa maknanya alkerohi.

Sebenarnya saya menggunakan perkataan 'alkerohi' tidak lain tidak bukan kerana ianya adalah kampung saya atau tempat saya dibesarkan.

Tiadalah makna lain yang saya maksudkan biarpun definisinya agak banyak di kamus dewan.

Itulah harapan saya - afrar yunus dari keroh.

Jika ada masa, InsyaAllah akan saya paparkan sejarah Keroh nanti.

Kepada pengunjung blog alkerohi, pandangan dan komen saudara dan saudari adalah amat-amat dialu-alukan.

Calon MIC Hulu Selangor ada ijazah


Kamalanathan disahkan memiliki ijazah.

Bukan Azeez Rempit yang mengesahkan tetapi di sini buktinya.

Maka kenyataannya tentang perkara ini boleh diterima pakai.


Wednesday, April 21, 2010

Kamalanathan dan Azeez Rempit di satu universiti ?

Calon MIC yang mewakili Barisan Nasional di Hulu Selangor dikatakan tidak memiliki ijazah.

Ghaffar Baba pun dikatakan tidak ada ijazah tetapi beliau tidak pernah mengaku mengatakan ada ijazah.

Maksudnya beliau tidak 'menipu' seperti Kamalanathan jika benarlah dakwaan itu.

Kamala mengingatkan saya tentang Azeez Rempit Ketua UMNO Bahagian Baling yang mengaku mempunyai ijazah. Pengakuannya banyak mencalarkan imej UMNO.

Nasib baiklah dia tak mengaku diliwat hari itu. Jika tidak pengakuannya itu akan banyak menyusahkan orang selain mereka dari Barisan Nasional.

Azeez, kes hang jadi lagu mana ? Kasihan, ramai yang belasah hang hari kempen tu.

Hang kena belasah, polis naik kelam !

Saja nak tanya, kot-kot la hang tau Kamalanathan mengaji satu universiti ?

Hulu Selangor : Sepatutnya Zaidkah ?


Sepatutnya Zaid Ibrahimkah ?

Kaki minum, kaki betina, rasuah dan judi. UMNO sinonim dengan empat kriteria yang serupa dengan najis anjing dan babi itu.

Dalam hal Zaid, ia dikaitkan sebagai kaki minum sedangkan bekas Perdana Menteri dan ahli-ahli UMNO bukan sahaja dikaitkan dengar arak, malah judi, rasuah dan betina.

Namun apabila sampai masanya, Zaid mengaku bertaubat dan sudah meninggalkan lorong kejahilan dan ianya sesuatu yang wajib dipuji.

Perlukah Zaid Ibrahim menjadi wakil rakyat di Hulu Selangor ?

  • Dari parti yang kecil, miskin dan sedang bertarung - meninggalkan perjuangan lalu masuk ke parti yang besar, kaya dan dihinggapi kriteria anjing dan babi, maka itu tidak berprinsip.
Tetapi Zaid melakukan yang sebaliknya. Dari parti yang mewah, kaya, bergelumang dengan tahi dan serba kesyaitanan, ke parti yang miskin, kecil dan sedang melalui perjuangan.
  • Inilah yang dikatakan tidak tamak, bukan gila kuasa atau pangkat dan jenis manusia yang ada prinsip.
  • Dari jawatan menteri sanggup tidak berjawatan kerana mempertahankan perjuangan menyahkan ISA.
  • Menasihatkan Perdana Menteri Abdullah Badawi agar kembalikan hak-hak enam orang hakim di zaman Salleh Abas yang diperkosa oleh Tun Dr Mahathir Mohamed melalui tribunal yang rata-rata dikira rakyat sebagai separuh gila.
  • Teresa Kok mendapat simpatinya dalam isu azan yang sengaja diputarbelitkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Teresa bukan Melayu dan bukan juga Islam.
  • Wartawan Cina yang ditahan mengikut ISA turut mendapat simpatinya yang dipanjangkan kepada Perdana Menteri ketika itu. Kehendak dan nilai-nilai demokrasi ada padanya.
  • Prestasi kerajaan Negeri Selangor sekarang berada pada tahap yang memberangsangkan. Ianya suatu yang perlu dijadikan pengukur oleh pengundi.
  • Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Abd Hadi Awang juga memohon pengundi di Hulu Selangor menyokong Zaid.
  • Lebih penting, asalkan sahaja bernama manusia pasti ada kesilapan yang dilakukan. Maka sebagai hamba Allah, Zaid sudah bertaubat dan penyesalan ada di dalam dirinya.
Tidak seperti politikus anjing dan babi yang sanggup menggadaikan bangsa dan negaranya apatah lagi agamanya. Terus berpesta dengan arak, rasuah, judi dan betina biarpun rakyat sedang menderita akibat tekanan ekonomi dan sosial.

Bagi mereka matlamat boleh menghalakan cara. Demokrasi pun tidak, Islam jauh sekali !

Tuesday, April 20, 2010

Semua mantan PM kaki botol kecuali Pak Lah

Seperti yang saya tuliskan di sini, kita tidak hairan apabila ahli UMNO atau bekas ahli UMNO dikaitkan dengan arak, rasuah dan 'betina'.

Kini ada pula maklumat terbaru mengatakan bahawa semua bekas Perdana Menteri Malaysia adalah kaki minum atau kaki botol.

Pak Lah dikecualikan.

Orang yang pernah terlibat dalam gabungan dengan Barisan Nasional suatu ketika dahulu mendedahkannya.

Mustafa turut mendedahkan bahawa ada yang terlibat dalam penyakit empat serangkai sekaligus iaitu rasuah, betina dan judi selain arak.

Bapa-bapa presiden begitu, apa lagi dengan ...?

Istihar harta : MCA dan Gerakan pakat dgn UMNO

Di saat rakyat diminta berbelanja secara hemah, Rosmah Mansor membawa rombongan isteri-isteri menteri dan timbalan-timbalan menteri melancong ke luar negara.

Betapa hebatnya mereka !

Dalam kehebatan mereka, parti MCA dan Gerakan merasa diri mereka lagi hebat. Bersubahat dengan UMNO membelakangkan kehendak rakyat - enggan mengistiharkan harta.

Apakah manafaatnya MCA dan Gerakan membisu dalam hal pengistiharan harta ini? Dimana suara pemuda-pemuda mereka?

Adakah mahu memiliki kekayaan negara dan menjadikan hak milik peribadi, keluarga dan kroni.

Monday, April 19, 2010

Kabinet Malaysia mengatasi undang-undang dan rakyat

Sejak zaman beberapa Perdana Menteri - kabinet Malaysia bagaikan mengatasi undang-undang.

Mereka tidak perlu mengistihar harta, biar rakyat berbuih mulut mendesaknya.

Siapa yang diperbodohkan oleh kabinet Malaysia yang terdiri dari UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah dan Sarawak.

Rakyat dan kakitangan awam diminta jangan memboros. Semuanya perlu berhemah.

Disaat itulah Rosmah Mansor membawa isteri-isteri menteri dan isteri-isteri timbalan menteri melancong keluar negara pada minggu lepas.

Berapa belanja yang dihabiskan ?

Kaya sungguh menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri di Malaysia. Di ketika rakyat menangis menderita, menteri, timbalan-timbalan dan isteri-isteri mereka menghanguskan wang rakyat.

Selagi rakyat diperbodohkan, selagi itu harta tidak akan diistiharkan oleh mereka dan selagi itu rakyat akan menjadi mangsa keganasan kabinet Malaysia.

Guruku pernah mengibaratkan politikus sedemikian yang tidak pernah insaf dan tidak sedar diri sebagai anjing dan babi.

Arak : Pemimpin anjing dan babi ?

Zaid Ibrahim mengaku pernah minum arak. Katanya itu di zaman mudanya dulu dan kini telah insaf.

Bagaimana pula dengan mereka yang dulu, kini dan mungkin selamanya ?

Pakai kopiah, simpan janggut, cakap soal agama - judi, arak, perempuan dan telah pun ke tanah suci Makkah namun masih menghirupnya.

Saifuddin Nasution membangkitkan perkara ini di dalam parlimen tetapi agaknya tidak membabitkan pemimpin UMNO, keluarga dan kroni kerana tiada seorangpun daripada mereka yang mengaku seperti Zaid.

Jadi, siapakah mereka itu ?

Guruku pernah mengibaratkan politikus sedemikian yang tidak pernah insaf dan tidak sedar diri sebagai anjing dan babi.

Sunday, April 18, 2010

Anjing dan babi

Kita tidak hairan apabila ahli UMNO atau bekas ahli UMNO dikaitkan dengan arak, rasuah dan 'betina'.

Begitu juga kita masih tidak hairan apabila ada ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat terutama sekali tahap kepimpinan yang mengistiharkan diri keluar dari parti PKR.

Mereka tidak berasa bersalah sedikitpun apabila mengkhianati amanah agama dan tanggungjawab moral terhadap pengundi di kawasan sendiri.

Ada yang berkata, ada atau tiada mereka tidak memberikan apa-apa kesan.

Teringat cerita anjing dan babi masa zaman persekolahan dulu.

Kata seorang guru, anjing jika kita ajar dia menjaga rumah tuannya - ia akan ikut. Anjing juga jika kita mengajarnya memburu, ia dapat melakukannya. Anjing juga selalunya digunakan dalam pertunjukkan sarkas yang boleh membawa pulangan wang kepada penganjurnya.

Jarang atau tak pernah langsung kita mendengar babi berbuat demikian.

Anjing ada juga sedikit faedahnya kepada orang. Babi pula tersangat sedikit faedahnya dibanding dengan anjing.

Kata guru itu lagi, peranan anjing itu akan menjadi tak ketahuan dan membahayakan apabila dia ada penyakit anjing gila. Keselamatan dirinya sendiri tak terurus, macamana nak jaga tuannya.

Atau jika dihubung kaitkan dengan izin, macamana nak jaga masyarakat, negara dan kedaulatannya.

Lainlah jika yang menguruskan itu juga adalah manusia. Entah kenapa guru itu tidak memasukkan 'orang atau manusia' di dalam kisahnya itu.

Agak-agak saya, dia sengaja membahagikan politikus itu kepada dua. Pertama - manusia dan yang keduanya anjing dan babi.

Bayangkan, jika babi yang ada penyakit babi gila !

Saturday, April 17, 2010

Samy serah presiden MIC pada Muhyiddin

Penduduk Tamil Hulu Selangor sangat marah kepada Samy Vellu kerana megikuti telunjuk Muhyiddin Yassin memilih orang Rawang - Kamalanathan menjadi calon di kawasan pilihanraya kecil itu.

Mereka bermati-matian mahukan G Palanivel atau Mugilan yang pada tanggapan mereka merupakan anak tempatan.

"Presiden kita Samy Vellu sudah dalam peralihan kuasa dengan menyerahkan jawatan Presiden MIC kepada Muhyiddin. Ini sangat-sangat memalukan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kaum Tamil. Kita anggap dia kalah sebelum berperang" kata peminat Mugilan.

Apa sudah jadi pada Samy ? Meninggalkan kaum Tamil Hulu Selangor bertempiaran tanpa arah ?

Friday, April 16, 2010

Bakal Presiden MIC ditolak BN

Hulu Selangor mengesahkan bahawa bakal presiden MIC sudah ditolak oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Hanya Samy Vellu mahukan G Palanivel. UMNO menolak Palanivel kerana prestasinya menimbulkan kemarahan penduduk di Hulu Selangor yang diwakilinya sejak empat penggal yang lalu.

Berkaitan tawaran jawatan sebagai Senator dan dilantik Timbalan Menteri - jika ia benar-benar terjadi, itu adalah gula-gula UMNO memalukan Samy dan MIC.

Lebih-lebih lagi dalam situasi Palanivel, bukan rakyat yang akan memilih dan melantiknya. Ia adalah tawaran yang 'syok'kan Samy, Palanivel dan MIC biarpun Samy menganggap isu Hulu Selangor satu kemenangan.

Tidak salah jika saya menjangka, Palanivel akan menerima nasib yang sama seperti Ong Tee Keat. Presiden MIC yang singkat usianya.

Cuma bezanya, lambat dan cepat keputusan dari ahli-ahli MIC dalam hal ini.

Ahli-ahli MCA ramai yang 'berpolitik cara jantan' berbanding dengan kebanyakkan ahli-ahli MIC.

Diharap selepas Samy menjadi mendiang politik MIC, dasar parti itu akan lebih demokratik.

Tanda-tanda ke arah itu sudah ditunjukkan Muhyiddin dalam isu Hulu Selangor. Samada Samy faham atau buat-buat tak faham, itu soal lain.


Thursday, April 15, 2010

Kedah : Seorang lagi ADUN PKR istihar bebas

Seorang lagi ADUN PKR di Kedah Tan Wei Shu dari DUN Bakar Arang mengistiharkan diri keluar dari parti itu dan menjadi Bebas.

Permintaan pada parti politik 'Bebas' semakin meninggi di Malaysia terutama sekali dari wakil PKR.

Kedudukan kerusi terkini PAS 16 , BN 14, PKR 3, DAP 1 dan Bebas 2


Manikumar, Exco PKR Kedah bercakap soal lompat parti

Wednesday, April 14, 2010

Hulu Selangor : Samy-Palanivel atau Muhyiddin-Mugilan ?

Aiyo...

Palanivel dan Mugilan. Siapa calon yang mewakili Barisan Nasional di Hulu Selangor.

Palanivel atau Mugilan.

Samy suka Palanivel. UMNO tak suka Palanivel. MIC dan Samy tak mahu Mugilan, UMNO dan Muhyiddin banyak suka Mugilan.

MCA banyak ketawa. Samy sudah naik 'dara'.

Dulu, Mahathir pun takutkan Samy. Sekarang Muhyiddin tarak peduli Samy.

Palanivel Mugilan, Mugilan Palanivel, Palanivel Mugilan, Mugilan Palanivel...

Sapa dapat jadi calon ?

Samy Vellu Muhyiddin, Muhyiddin Samy Vellu, Samy Muhyiddin, Muhyiddin Samy...

Tuesday, April 13, 2010

Lutfi menjalani 'bypass'

Prosedur Angioplasti jantung yang ketiga bagi Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pada pagi Isnin 12 April 2010 tidak dapat dilakukan.

Difahamkan Lutfi perlu menjalani pembedahan jantung bypass dengan segera. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan beliau dan kesabaran buat ahli keluarganya.

Semoga pembedahan tersebut berjalan lancar dan berjaya.

Lutfi turut juga mengucapkan jutaan teima kasih di atas doa, ingatan, dan segala bantuan dari semua pihak khususnya dari Harakah. - Detikdaily.

Monday, April 12, 2010

Malaysia pengeluar terbesar bayi dunia

Buang bayi sudah menjadi perkara biasa di Malaysia.

Berapa ramai yang 'termengandung' dan melahirkan bayi diambil tindakan undang-undang. Minta Jabatan Agama keluarkan statistik untuk kes-kes seperti ini yang terdiri dari penganut agama Islam.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pula melalui menterinya Shahrizat Jalil seolah-olah menggalakkan pelaku zina menghantar bayi kepada mereka.

Beliau juga ada pakej mesra. Ibu bayi akan diberikan kaunseling, bantuan kewangan, diberi perlindungan, dibekalkan vitamin, makan sehari enam kali dan bermacam-macam lagi.

Tindakan ? Tak pernah terbaca pun dalam pakej.

Adakalanya pakej ini tidak terdapat di rumah sendiri.

Mungkin lepas ini Malaysia boleh dikenali sebagai negara pengeluar terbesar bayi di dunia.

Esok bila orang bertanya, mirip siapa anak ini ?

Itu bukan soalnya.

Soalnya ialah anak 1Malaysia. Versi untuk diekspot pun ada ! Begitu ?

Saturday, April 10, 2010

CUEPACS : Minta pinjaman rumah turun pada dua peratus

KUALA LUMPUR 7 April - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam kepada dua peratus dari empat peratus sekarang.
Ia bagi diselaras dengan kadar pasaran semasa.

"Banyak bank kini mengenakan kadar yang kurang daripada empat peratus dan kerajaan patut mengambil langkah yang sama untuk menyelaras kadar berkenaan,” kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin.

Beliau memberi alasan bahawa kadar empat peratus itu sudah lama diperkenalkan iaitu sejak awal 70-an.

"Oleh kerana sudah hampir 40 tahun, keadaan sudah berbeza maka penyesuaian perlu dilakukan,” katanya. - BERNAMA

Tuesday, April 6, 2010

MIC boleh tapi bukan G Palanivel di Hulu Selangor

Kumpulan UMNO di Hulu Selangor berkata, MIC boleh tanding di situ tetapi bukan calonnya bernama G.Palanivel.

Tentu Samy naik darah bila mendengar ini.

Kata Samy, Palanivellah yang terbaik sesudahnya. Puak UMNO buat tak faham-faham. Jangan biarkan Samy melenting.

Samy sudah bersedia untuk dikalahkan. Dia juga sudah tambat Subramaniam sebagai 'kambing hitam'.

UMNO pula tak mahu menggunakan Palani dan Samy sebagai batu loncatan untuk dimalukan oleh Pakatan Rakyat.

Aiyo Samy...

Saturday, April 3, 2010

Isu Zambry Kadir : Suara Keadilan tidak betul ?


Laporan Suara Keadilan tidak benar ?

Thursday, April 1, 2010

1Malaysia 2Darjat

Najib Tun Razak tidak tetap dengan pendiriannya. Sekejap dikatakan satu Malaysia, dan sekejap lagi katanya satu bangsa pun boleh didahulukan.

Bermakna slogan 1Malaysia yang dilaungkan kini sudah kembalikan kerajaan sekarang kepada apa yang pernah dimiliki kerajaan Pak Lah dan Perdana Menteri sebelum itu.

Tiada yang baru.
[ Kamus Dewan mendefinisikan 'darjat' bersamaan makna dengan martabat, pangkat, taraf, kedudukan, tingkat, peringkat, kelas sosial]

(Dari : Malaysian Mirror)