Biar polis sahaja menjadi ayam
Ketua Polis Selangor kata, orang politik jangan campur tangan dalam kes budak 15 tahun yang ditembak mati polis.
Khalid Abu Bakar berkata, jangan suka menjadi macam ayam 'berketuk sebelum bertelur'. Atau berketuk dalam telur ?
Orang kampung kata, biar polis dan Khalid sahaja menjadi ayam yang berketuk dalam telur. Mereka membuat andaian sebelum menyiasat.
Hampa jadi macam ayam mematuk anak sudahlah. Menghukum anak bukan untuk menyiksa tetapi untuk memperbaiki kelakuannya.
Apa kata Shahrizat Jalil menteri yang jaga anak-anak di bawah usia 18 tahun ?
3 comments:
Kah Kah Kah! Jgn berketuk sebelum bertelur katanya. Boleh ganti motto lama PDRM:
Mesra (dgn siapa tu tak taulah)
Cepat (cepat tembak)
Betul (memang yang kena tembak tu Betul penjenayahke?).
SAudara Drafunt,
Soalan utama yang jangan kita lupa UNTUK BERTANYA ialah apa yang budak 15 tahun buat memandu tanpa lesen ditengah tengah malam.
Adakah polis tahu yang memandu itu seorang budak. Dan jika saudara berada ditempat polis , adakah saudara tahu itu seorang budak yang dalam keadaan panik cuba langgar polis?
Malang tak berbau. Mungkin kita semua boleh beritahu anak remaja kita yang kemungkinan ini boleh berlaku.
Jadi (tanpa ingin menyinggung perasaan ibu bapa remaja tersebut) , budak itu pun bersalah juga.
salam sdra-sdra
nak bercakap soal polis ni, saya ingat lima hari boleh ditulis cerita mereka tak habis.
apapun kita harapkan agar polis akan mendapat ketua yg ada pegangan agama.
II. dulu-dulu ketua-ketua polis dan tentera pun bergelumang dgn arak.
tk
Post a Comment