Mampukah Iran elak mencontohi Iraq
Peristiwa pengeboman berani mati di wilayah Baluchestan Iran pada 18 Oktober 2009 yang mengorbankan enam Komander tentera Pengawal Revolusi dan 57 orang awam dikira sangat memalukan negara Iran.
Dalam kejadian tersebut lebih 150 orang dipercayai cedera. Setakat ke hari ini, militan Sunni Jundallah mengaku melakukannya.
Iran pula mula menuding jari ke arah Amerika Syarikat, Britain, Pakistan dan Arab Saudi.
Mohammad Ali Jafari, Ketua Pengawal Revolusi Iran memberitahu media bahawa mereka mempunyai dokumen yang menyokong kenyataannya itu.
Mahmoud Ahmadinejad Presiden Iran mendakwa Abdul Malik Rigi ketua Jundullah yang berada di Pakistan sebagai dalang serangan itu.
Walaubagaimanapun, Amerika dan Pakistan menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka di negara berkenaan.
Apapun, kita berharap Iran tidak akan menjadi seperti Iraq. Cakap-cakap besar Saddam memerangkap bukan sahaja dirinya tetapi juga rakyat dan negara Iraq.
Tentera Iraq membelot di saat-saat negara memerlukan pengorbanan mereka.
Rakyat Arab Iraq membalas dendam di atas apa yang disifatkan sebagai kezaliman Saddam terhadap diri mereka.
Kapal dan peralatan perang Iraq dilarikan ke negara lain. Akhirnya Iraq ditelanjangkan dari segi moral dan material.
Ini belum lagi Iran diserang secara besar-besaran. Peristiwa 18 Oktober tidak sepatutnya berlaku di negara itu.
Di mana kehebatan Pengawal Revolusi dan tenteranya ?
Jangan-jangan indah khabar dari rupa.
No comments:
Post a Comment