Saturday, October 10, 2009

Jururawat enggan bantu, wanita bersalin dalam kereta

Seorang wanita berusia 29 tahun di Terengganu terpaksa bersalin di dalam kereta di tempat letak kereta berhadapan klinik yang ia cuba mendapatkan bantuan bagi tujuan tersebut.

Jururawat klinik tersebut enggan membantu kerana wanita berkenaan dikatakan 'cuba bersalin' tanpa mengikut prosedur.

Apa kata Persatuan Perubatan Malaysia.

Betulkah tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap pemilik klinik ini ?

Kambing dan lembu lagi dibantu untuk beranak, inikan pula manusia. Jururawat tersebut wanitakah atau lelaki...

3 comments:

Anonymous said...

Dengar khabar jururawat tersebut jenis kaki em...

Amrun said...

Siapa kata tak ikut prosedur? Prosedur apa yang kami tak ikut? Nurse tersebut bukan kata tak ikut prosedur, tapi mereta kata "takut kena naik court", lepas tu terus pergi tengok TV dan tinggalkan kami sekeluarga. Saya merayu agar mereka tolong potong tali pusat... Doktor pakar yang merawat isteri dan anak saya selepas itu berkata, kenapa tak bawak masuk ke dalam klinik dulu, lepas tu panggil kami, pasti kami akan datang tolong. Dan untuk pengetahuan semua, dua orang anak kami telah dilahirkan di klinik tersebut.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
adakah sdra suami kepada mangsa.
2. bukan saya kata tak ikut prsedur, tapi - Jururawat klinik tersebut enggan membantu kerana wanita berkenaan dikatakan 'cuba bersalin' tanpa mengikut prosedur.
3.bukan apa, saya cadang nak keluarkan komen sdra dalam posting di sini.
banyak bersabar dan buat pengaduan kepada KKM dan Per Perubatan Malaysia.