Friday, November 12, 2010

Banjir Utara : Tahniah Persatuan Tzu Chi

Lagi cerita tentang banjir di Kedah.

Kasihan 91 penduduk Tamil di Taman Aman Anak Bukit. Depa cerita, "MIC punya orang tarak nampak muka. UMNO pun tarak tolong, MCA pun tarak tolong".

Sapa tolong ? "Welfare (JKM) sama PAS juga kasi tolong. Tapi sikit lambat juga"

Betoika ?

Di Taman Uda dan Jalan Fajar - hanya pada hari kelima nampak sukarelawan UMNO dan PAS dengan bantuan makanan.

"Bawa pi la beras hampa. Ayaq dah surut hampa mai buat apa" jerkah anak perempuan salah seorang pengasas UMNO Kedah pada lori satu Malaysia.

Cuma saya nak bangkitkan satu perkara yang saya lihat sendiri. Persatuan Buddhist Tzu Chi Cawangan Kedah.

Cara mereka bekerja hebat. UMNO, PAS, ABIM, NGO-NGO lain pergilah belajar dengan mereka tentang organisasi, cara bekerja, keutamaan, apa yang perlu disampaikan, di mana, siapa dan sebagainya.

Hari kedua banjir, saya lihat mereka memberikan roti planta/ coklat, biskut, air minuman dan benda-benda makanan ringan kepada mangsa.

Mereka tidak memberikan beras, sardin dan makanan berat kerana mereka tahu dapur di rumah mangsa dimasuki air.

Apabila air mula surut, baru mereka mula memberikan beras, gula, kopi dan sebagainya.

Tadi saya jumpa mereka lagi. Mereka membahagi-bahagikan tuala, berus gigi, biskut, sabun, wang tunai dan keperluan pemulihan.

Lebih hebat, mereka pergi dari rumah ke rumah. Mereka tidak pilih warna politik dan warna kulit.

Hebat ! Lima puluh kali lebih hebat dari persatuan dan parti politik Melayu.

Saya nak cadangkan kepada kerajaan negeri, jemputlah mereka memberikan penerangan bagaimana tersusun dan berkesannya organisasi mereka.

Pada kerajaan persekutuan, saya lontarkan syor yang sama. Belajarlah ilmu yang bermanafaat biar dengan siapapun.

Saya tidak pasti objektif penubuhan Tzu Chi. Tetapi apa yang saya yakin matlamat mereka membantu mangsa banjir dengan menyampaikan bantuan terus kepada mangsa tercapai dan berjaya.

Ketika menghubungi mereka sebentar tadi, saya difahamkan cawangan mereka di Alor Setar telah wujud sejak 1997 lagi.

Tahniah Tzu Chi.

8 comments:

Anonymous said...

Memang betul kenyataan itu saya sendiri merakamkan gambar mereka dan siarkan dalam blog.Sewaktu saya bagi Pas kuala Kedah menghatar bantuan Makanan di Taman Flora kawasan Flat.Mereka datang dengan Lory besar dan merempoh air seperti kami juga dengan lori kecil.Kelengkapan mereka memang lengkap.Usha mereka sebenarnya mendahului semua organisai dari sudut semangat kerja jauh meninggalkan UMNO dan JKM.Petugas UMNO yung dok tunggu peruntukan saja dari ketua mereka buat sibuk saja.Puteri UMNO lebih terok lagi lah asik dok hasut mangsa banjir di pusat peninapan supaya benci kerajaan negeri dan menuduh PAS tak buat apa,itu lah kerja mereka.baluci UMNO JKK yang ada di pusat penemnpatan mansa banjir menguasai Borang JKM sibuk nak isi nama saudara mara dan kroni mereka untuk dapat peruntukan.Ada yang bukan mangsa banjir datang sekejab ke semata mata untuk daftar sebagai mangsa kemudiannya balik rumah contoh Macam yang belaku di Sekolah menegah Kebangsaan Kubang Rotan tu.Bekalan Makanan yang di sumbang dari pihak PAS dan lain lain NGO di sorok .tak di berikan kan pada mangsa banjir.Hingga ramai mangsa yang boleh pulang balik dengan tangan kosong padahal stok makanan seperti Meggi beras kopi dan sebagainya berlambak lambak dalam stor tak di sentuh langsung.Ini di saksikan sendiri oleh pertugas sukarela yang dilapurkan ke bilik gerakan banjir Kuala Kedah tangan kosong.Petugas mereka mereka inilah pengkinatan terhadap bangsa tanpa mengira keadaan.

Anonymous said...

Tzu Chi tersusun dan ada sistem. Kami diberi bantuan juga. Mereka berjalan kaki sampai ke rumah. Terima kasih.

Anonymous said...

Baguihla kalau macam tu...
Tapi bagaimana pulak dgn peranan JPA3, Tentera, Polis dan lain2... seperti pelajar2 Universiti IPTA yang banyak membantu sejak dari awal lagi...

Jangan la duk tgk parti politik saja... orang lain pun menolong juga bukan hanya Kumpulan Tzu Chi yg kebetulan kut terserempak memberi bantuan...

Anonymous said...

baca tulisan moniermatdin.blogspot.com dari NGO Wargakilang, dia pun mengiyakan benda yang sama, bila dia tanya orang kat kepala batas masa dia sampai masa ayaq dok tengah naik dan orang lain tak nampak muka lagi.....

komitmen depa memang bagus.....patut kita belajar dari depa......

Kamal Sanusi said...

Saya juga telah menerima bantuan dari mereka pada hari ke-2 lagi sebagai mana yg ditulis oleh tuan empunya blog.

Mereka datang tanpa ada wartawan, malah tiada siapa pun yg tahu akan kehadiran mereka. Sanggup meredah air utk sampai ke taman perumahan saya di Jitra sekalipun jalan masuk masih dinaiki air.

Ingin saya merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka.

Unknown said...

Yes I agreed. Mohon keizinan untuk di postkan ke blog saya.

TQ

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano1, ano2, ano3,ano 4, sdra kamal dan teman blogger mummy;

saya berada di tempat kejadian. menulis cerita banjir agar dijadikan iktibar. janganlah sesiapa ambil kesempatan di atas penderitaan orang lain. bantulah setakat termampu.

kepada mummy, dipersilakan. tiada halangan.

wassalam.

Bashah Kering Idea said...

Melayu UMNGOK gaduh dengan Melayu PAS. Lama-lama melepas. Bab banjir dan malapetaka pun tidak boleh bersatu. YB Bashah tak nampak muka di lokasi.
Cuba ko orang siasat latarbelakang wartawan kurang ajar dari RTM tu. Dengar berita emak bapa dia pun tidak suka dengan dia. Wartawan jenis haprak. Dia ingat dia tuhan UMNO.