Wednesday, November 10, 2010

Banjir di Kedah dan Perlis : Kenapa takut dgn Thailand ?

11.11.10-12.44am: Ada dakwaan kuat-Syarikat Gamuda, milik anak Sultan Perak yang membina landasan keretapi berkembar merupakan juga faktor penyumbang banjir besar di Kedah ? Kami akan dapatkan pandangan pelbagai pihak.

Jika setiap lima tahun sekali Thailand dibenarkan melepaskan air empangan di negaranya dengan memusnahkan harta benda penduduk di negara ini dan merelakan kematian rakyatnya, di mana kejantanan Perdana Menteri dan ahli kabinet kita.

Majlis Raja-raja sepatutnya memanggil menghadap Perdana Menteri dan ahli kabinet Malaysia meminta penjelasan kenapa negara jiran di utara itu begitu berani bertindak sedemikian dan agar kekhuatiran rakyat di Perlis dan Kedah yang menjadi mangsa banjir tidak berulang.

Kenyataan media perdana bahawa hujan lebat di dua negeri ini adalah tidak berasas. Hujan yang sedikit tidak akan membawa bencana sebesar yang berlaku.

Pada tahun 2005, banjir yang sama berlaku akibat empangan Thailand dibuka dan airnya melimpah masuk ke negara ini.

Namun rata-rata penduduk berpendapat banjir 2010 lebih teruk dari banjir 2005.

Kenapa ada rasa takut yang amat sangat dengan tindakan Thailand ini. Orang lain pandai membina dan mengurus empangan tetapi Thailand pandai membina tetapi tidak bijak mengurus.

Kerajaan Malaysia sepatutnya mendakwa kerajaan Thailand di mahkamah antarabangsa menuntut ganti rugi kerugian hampir 80,000 penduduknya.

Hubungan antarabangsa seperti yang diamalkan Malaysia merugikan penduduknya.

Penduduk di negeri-negeri yang terlibat wajib diberi penjelasan punca sebenar berlakunya banjir tahun 2010 ini.

5 comments:

Anonymous said...

Dakwa Mb Kedah dulu kerana gagal bertindak segera dan menangani dengan cekap

AnakKedah said...

ha ha ha juak umno yg dengaq TB1 & TB3 itu pasai yg kena penyakit TB tuuu he he he.........

Anonymous said...

Sapa berani nak berhadapan dengan Thailand? Mereka ada kapal pengangkut pesawat selain dari tentera yang berpengalaman. Malaysia apa ada? Kapal selam tenggelam ikut suka dia? Skuadron jet pejuang tanpa enjin, lapangan terbang yang dah tergadai dan lapangan terbang yang ditenggelami air bila banjir? Serta, helikopter yang melepasi tarikh luput 200 kali?

Anonymous said...

UMNO tarak teloq. Sembang belakang bagi kat depa. Haramjadah - bab misi kemanusiaanpun dok kira politik.

Anonymous said...

awat tak cerita nak dakwa MB Perlis pasai tak cekap? nampak sgt dok puja Umno sampai tak nampak salah depa.