MCA pula mahu keluar BN
Pemuda MCA Perak pula menggesa pucuk pimpinan mereka supaya keluar dari Barisan Nasional.
Kelmarin, pemangku Presiden Gerakan memberikan kata dua kepada BN mengenai perkara yang sama.
Mereka menganggap sikap pemimpin UMNO sekarang seperti kacang melupakan kulit. Sejak kebelakangan ini UMNO dikatakan enggan mengakui kelemahan-kelemahan mereka termasuk faktor kekalahan dalam pilihanraya kedua belas yang lalu.
Tambahan pula, kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO sejak kebelakangan ini dianggap seperti menikam orang Cina bukan sahaja dari belakang malah dari hadapan.
Terbaru kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dijadikan isu oleh masyarakat Cina sehingga membuatkan Najib Tun Razak memohon maaf kepada mereka.
Pada hemat saya diantara Gerakan dan MCA, kejantanannya ada lebih kepada Gerakan. MCA dilihat oleh pemerhati politik sebagai sebuah parti politik yang lebih kepada kaki bodek.
Ramai yang meramalkan UMNO akan kecundang dalam menghadapi Gerakan dan MCA. MIC pula disifatkan ada serupa tidak ada selagi Samy Vellu masih wujud.
Apakah kemelut di dalam BN akan meninggalkan batu nisan di peta politik Malaysia dalam waktu terdekat ini ?
(Foto:Utusan Malaysia)
No comments:
Post a Comment