Hari-hari sokong, semai dan baja Abdullah
Selepas pilihanraya kedua belas, politik persekutuan semakin bercelaru. Setiap hari bukan ekonomi atau aktiviti negara berkaitan hak rakyat diambil berat atau dilaksanakan tetapi setiap hari itulah kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pihak di dalam Umno dan BN untuk menjaga dan menyelamatkan Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia yang dijangka paling singkat perkhidmatannya.
Jika di tempat lain aktiviti negaranya sudah rancak. Pemimpin sibuk meningkatkan produktiviti negara. Namun di Malaysia, "Abdullah"perlu dikepung, disemai, dibaja dan disiram supaya ia terus berkuasa.
"Kami sokong Abdullah, kami mahukan Abdullah, kami sokong peralihan kuasa pada 2010, kami sayangkan Abdullah" dan bermacam-macam lagi.
Bukan ramai sangat yang melaungkan kata-kata tersebut. Hanya beberapa peratus ahli Umno sahaja.
Olehkerana beberapa peratus ini disokong dan didokong oleh media, maka seolah-olah isu ini menjadi isu besar yang penting.
Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dengan beraninya meminta peralihan kuasa ini dipercepatkan. Katanya lagi, rakyat tidak mahu tunggu sehingga 2010.
Abdullah terkejut dengan kenyataan Muhyiddin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pula bertukar nada dengan menyerahkan kepada ahli Umno untuk memutuskan bilakah peralihan kuasa dapat dilakukan.
Sedangkan sebelum ini beliau bersetuju cadangan Abdullah untuk menerima batton pada 2010.
Tengku Razaleigh Hamzah, anak raja Kelantan pula menyanggah bahawa kepimpinan dalam Umno bukan boleh diserah menyerah oleh ketua mengikut suka hati mereka tetapi harus ditentukan oleh ahli Umno.
Nampaknya perjalanan negara 'agak licin'. Mudah terbabas. Apa sahaja boleh berlaku.
Kasihan Abdullah. Diletakkan sebagai perdana menteri hanya untuk satu penggal sahaja. Belum sempat berbulan madu, kini telah diminta untuk meninggalkan Putrajaya.
Lebih baik bagi Abdullah pergi bersama ahli keluarganya sebelum ia dipergikan. Ramai yang bersetuju tiada pelapis dalam Umno. Siapakah calon yang layak menggantikan Abdullah ?
Maksud saya bukan sebagai perdana menteri tetapi sebagai Presiden Umno.
Walaupun secara peribadi saya kurang bersetuju cara berpolitik Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah menyusahkan parti pembangkang yang disertainya satu ketika dahulu namun dirasakan gandingan Tengku dan Muhyiddin boleh memberikan nafas baru kepada Umno. Itupun jika Ku Li tidak bersatu dengan Anwar.
Gandingan Najib dan Muhyiddin tetap akan menghuru-harakan Umno dan negara.
No comments:
Post a Comment