Saluran jantung alkerohi tersumbat
Salam kepada semua pembaca
Abba (ayah) kami Afrar Yunus sampaikan Assalammualaikum wbr kepada semua.
Abba sedang menghadapi "kesumbatan tiga saluran jantungnya". Menurut kata pakar diHospital Sultanah Bahiyah, ianya tidak boleh dibedah atau dipasang stent kerana jantung terlalu lemah.
Mata kanan ayah belum dapat berfungsi seperti biasa akibat laser ekoran masalah diabetes. Hanya mata kiri sahaja yang dapat berfungsi sejak dua bulan yang lalu.
Ayah minta pendapat dan mungkin sesiapa yang ada pengalaman dalam masalah ini.
Maklumbalas saudara-saudari amat dihargai dan disudahi dengan ucapan Jazakallahhu khairan khasira.
Wasssalam.
Ahmad Zahin



12 comments:
cuba rawatn air annusyra...
salam! mak wa terbaca pasal ayah sdr kat hospital tu. kita sekadar mampu berikhtiar. jangan give up.adik ipar mak wa adalah pengusaha ubatan herba.
dlm beberapa testemoni pelanggannya ada yang bermasalah jantung. depa ambil herba KH Kopi dan katanya Alhamdulillah sembuh!
x payah operation. ambik no talipun 012 4941640 hj annuar daud. dia ada kat perlis la ni. mak wa doakan semoga ayah sdr diberi kesabaran oleh Allah SWT. Amin.
Salam,
Saya tak ada ilmu dan pengalaman dalam hal ini. Waktu ayahanda saya mengalami masalah jantung dulu Doktor sarankan agar banyak berehat dan kurangkan berfikir hal berat-berat.
Semoga ayahanda saudara kembali sihat seperti sediakala. Doa dari saya dan keluarga.
PUPP
Saudara, boleh try bawak ke Wak Suwandi di Teluk Intan. Kg Bahagia. Ni no dia 056228517. Berikhitiarlah...
salam sahabat, ana ada juga problem jantung , tetapi yg maslah anta ada kencing manis..ana dulu jantung jadi slow...bila cek lain ok...so buat pacemaker bagi jantung kembali bergerak normal..ana buat kat specialist RM18K , pacemaker lekat di atas dada kiri , so dah ok..cuma yg risau kencing manis melambatkan proses baikpulih pembedahan..azhar0195750771
Mungkin Ahmat Lutfi Harakah ada pengalaman yang sama dengan tuan. Elok dapat pandangannya.
Moga tuan dalam peliharaan Allh jua dan sihat kembali.
- Ali Maidin
assalamualaikum,bagi pendapat saya,mata yg belah kanan tu jangan dibuat apa-apa lagi,biarkan dulu,gunakan mata kiri SEKURANG yg munkin.Takut jadi mcm kawan saya dua-dua belah tak dapat melihat lagi.Untuk jantung yg lemah,terimalah pendapat orang yg pakar dan pernah melaluinya.Muga-muga ikhtiar kita diberkati Allah,dan saya berdoa kebaikan untuk kalian.
tiada pengalaman...namun tetap mendoakan kesejahteraan ayah..
cuba guna rawatan http://www.darussyifa.org/ InsyaAllah
Salam. Semoga cepat sembuh dengan keredhoan Allah s.w.t.
Assalamualikum,
sampaikan salam kepada Abba saudara.
kami doakan agar cepat sembuh dan berdoalah kepada yg Esa.
Cuba minum Jus MONA.VIE. cari stokis yg berdekatan. utk maklumat lanjut layari www.monavie.com
Pelakon drama Normala Omar hadapi masalah yg sama dan beliau amal kan minum jus ini, Allhamdulillah beransur pulih. Ikhtiarlah jgn putus asa. InsyaAllah.
salam.sekadar berkongsi..Buah Delima disebut 3 kali dalam ALQURAN!!UTK MENGETAHUI RAHSIANYA,sila layari http://jusdelima83.blogspot.com us aziz.alhamdulilah stakat ni dh byk sgt sy jual,terutama sakit jantung..
http://ajih83.pomepureasia.com.tq.salam
Post a Comment